Thursday, March 31, 2011

Member-Member Berkumpul lagi

Berkumpul setelah sekian lamanya. Apabila masing-masing sibuk dengan rutin harian dan komitmen kerja, keluarga dan tanggungjawab sampingan, untuk berjumpa dan berkumpul seperti dahulu memang sudah semakin jarang bahkan kadangkala terhalang. Apabila ada suara untuk berkumpul @ Round Table ( R.T.) maka sesegeranya akan diusahakan sebab itu petanda greenlight dari rakan-rakan.

Kali ini R.T. berhasil

Tarikh: 30/3/11

Masa: Selepas bertugas (4:30 ptg- tetapi oleh sebab ada tugasan dan perkara-perkara lain maka akhirnya korum dapat dipenuhi pada jam 5 lalu, hehehehe – (aku sendiri akhir datang sebab ada meeting mengejut)

Lokasi : Chez Box, Gadong.

Hadir adalah member-member lama yang terakhir berkumpul pada sekitar 3-4 tahun yang lepas ( secara korum penuh) di Jerudong Park.

Agenda seperti biasa, apabila sudah berkumpul maka keluarlah kisah-kisah silam sewaktu menjadi penuntut dahulu. Kisah sedih, lucu dan pengajaran. Alhamdulillah semua telah Berjaya dalam karier masing-masing. Dan yang terkini, salah seorang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Dr. Tahniah.

Semoga dengan adanya perjumpaan seumpama ini, diharap akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sekian lama terjalin. Dan hubungan ini akan kekal hingga anak-anak juga saling mengenal nanti.

Resolusi dari perjumpaan ini:

1) Akan mengadakan hari keluarga pada tarikh, tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

2) Merancang untuk pergi ke Bangi, Malaysia.

3) Salah seorang dari Korum akan menjemput untuk makan-makan di restoran sempena pelayaran pengajian.

4) Dalam rangka membuat Reunion bagi bekas Pelajar MD intake 1994-1995.

Inilah Member-member yang suatu ketika menguasai Blok A, Tingkat 3 di Hostel maktab Duli. ( well known as Geng LIPTON - kerana minuman kami adalah Tea Lipton)- Tiada kena mengena dengan perniagaan Tea Lipton -

Mohd Wata ( in Black), Gman, Phin, Zam,Omar( In Red)

IMG_0970 Jurufoto sampingamn kami: Thanx for d services

Photo Mar 30, 6 23 29 PM

Menu makanan kami: Terima Kasih Bro MwR for d treat….no wonder nyaman makan kami hehehe

IMG_0966

Insyallah jika ada peluang akan berkumpul lagi…….Frenzkafe ragkaian yang mengeratkan silaturrahim

Sunday, March 13, 2011

UNCUT - Once Upon A Time With MD Head Girl

Pertemuan yang dirancang melalui jalinan sosial Facebook, telah menemukan frenzcrew dan bekas Ketua Pelajar Perempuan Maktab Duli 94/95, Erma Suryani Hassan, itulah nama beliau. Tajuk posting kali ini ditambah 'uncut' kerana author tidak mempunyai perisian khas untuk menyunting gambar.









Pertemuan sepatutnya diadakan di Terindak Cafe Beach tetapi terpaksa akur dengan keadaan yang ramai pengunjung. Setelah beberapa minit berpusing keliling kawasan Jerudong Polo Club, akhirnya kantin di JPMC menjadi pilihan. Asal depan pantai ok lah.

Korum hari ini tidak begitu ramai, namun masih tidak cukup telinga untuk melayan perbualan yang ada. Ah, sudah masak dengan perangai seorang-seorang, secara otomatis saja setiap perbualan dapat disahuti.

"apa mao susah hati..makan sayur saja hepi hepi loo"
"ish ish cemana buleh buku bank rakat atu"

"ku pikir tah ipad...rupanya coklit dari london"



"2 singgit"


"duit yen turun..yes dapat bali kereta jepun"
"nyaman pulang atinya sidayang ani, ku cucuk karang pakai straw ani"
"yang mana barat, cuba teka"
"bising jua bini2 ani eh, sibuk ku bah ni"