Saturday, December 31, 2011

Shooting at Beijing

Assalamualaikum...Pada kesempatan kali ini, izinkan saya (ek eleee...) memaparkan kisah perjalanan dan pengelaman yang diperolehi semasa siri melancong ke Negeri Republik China pada 23 Disember 2011 yang baru lalu.Sebelum memulakan penceritaan mengenai pengembaraan ini, sedikit latarbelakang mengenainya supaya kepada sesiapa yang membaca blog ini akan mendapat maklumat tambahan.
Sebenarnya siri melancong kali ini adalah mengikuti rombongan melawat secara pakej yang diungkayahkan oleh ejen pengembaraan iaitu Darussalam Holding. Rombongan terdiri daripada beberapa kumpulan kecil;guru-guru melayu Brunei yang diketuai oleh Cigu Merry (Marienah Hj Umar), keluarga Afrika, keluarga Dr Faruk dan keluarga Datin. Kesemuanya berjumlah 30 orang. Baiklah, berbalik kepada perjalanan pelancongan ini, seperti yang telah diceritakan, ianya bermula pada Hari Jumaat 23 Disember 2011. Penerbangan ini adalah secara transit di Singapura selama 6 jam dan kemudian disambung lagi penerbangan ke China selama lebih 5 jam. Bertolak dari Lapangan Antarabangsa Changi pada jam 12:05 pagi dan sampai mendarat ke Negeri China pada kira-kira 7:00 pagi (secara anggaran).
Selamat tiba di tanah besar China buat pertama kalinya, sempat menangkap matahari terbit di terminal ketibaan. selepas mengechop paspot terlihat marble yang dilukiskan pergunungan China dahulu kala bagaikan menyambut ketibaan tetamu-tetamu yang datang ke negara itu.Sejurus tiba di Negara itu, rombongan kami terus di bawa melawat tempat-tempat bersejarah. Kesemua ahli rombongan telah bersedia memakai baju tebal kerana telah dimaklumkan bawa cuaca di negara itu amat sejuk semasa 'winter'.
Jika tidak silap, hari itu suhu adalah -10. Tiada salji turun pada masa itu tetapi tiupan angin yang sejuk cukup untuk menyebabkan badan ini 'bekajaran'.
Gambar ini menunjukkan penjual jalanan, ironinya, mereka ini pasti akan berada dan berjaja di setiap tempat lawatan pelancong. Apabila di amat-amati, bahasa dan pakaian mereka menunjukkan mereka ini berasal dari kawasan Tibet.

1) Tiananmen Square
Tempat lawatan pertama ialah Tiananmen Square, ianya tepat berhadapan dengan bangunan National Museum of China dan lebih tepat ianya adalah sebuah kawasan lapang bagi perhimpunan penting dihadapan 'Forbidden City'. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tiananmen Square boleh klik link ini http://www.travelchinaguide.com/attraction/beijing/tianan.htm
Tiananmen Square
National Museum of China dikelilingi dengan pagar berbentuk naga

2) Bandar Larangan (Forbidden City)
Lawatan seterusnya ialah 'Forbidden City',untuk menuju ke taman larangan itu, kami mengikuti jalan dengan menyeberang jalan melalui 'subway''. Sesiapa saja yang melancong ke negeri China merasakan tidak akan lengkap jika tidak pergi melawat ke bandar larangan DiRaja ini.
'Forbidden City' sememangnya satu lambang kemegahan Kerajaan zaman Dinasti Ming. Walaupun beberapa bahagian telah dimelalui perubahan cuaca dan masa, nampaknya Kerajaan China telah berusaha untuk mengekalkan peninggalan itu sebaik mungkin. Semasa lawatan ini sahaja, ada beberapa bahagian berkeadaan 'under construction'.Untuk melihat-lihat kesemua sudut bandar larangan itu adalah mustahil dalam masa yang singkat, ianya cukup luas dan berblok-blok. Rombongan kami sempat melihat lebih dekat tempat raja bersemayam, dan beberapa bahagian penting seperti kawasan ibu raja, kawasan isteri raja dan kawasan gundik-gundik raja.
Taman didalam 'Forbidden City'
Perasaan saya ketika itu amatlah merasa kagum dengan kebolehan dan keupayaan orang-orang China dizaman pada masa terbangunnya bandar larangan itu. Ukiran-ukirannya dibuat dengan cermat dan cantik. Setiap penjuru dapat dilihat ukiran naga samada di tiang-tiang kayu mahupun tangga-tangga batu.
Menuju ke tempat bersemayam,bahagian kiri
Pemandangan apabila melangkah keluar daripada pintu belakang 'Forbidden City'.
3) Persembahan Akrobat
Rombongan kami telah pun berkesempatan untuk menyaksikan beberapa pertunjukkan pentas iaitu pertunjukkan akrobatik dan kungfu (tidak dibenarkan menggambar). Persembahan yang sangat-sangat hebat dan mengujakan sehingga lahirnya ungkapan kegemaran rombongan kami iaitu 'Awesome!!!'. Ianya umpama impian kecil saya untuk menyaksikan persembahan taraf antarabangsa daripada Cirque De Soleil. Ini pun sudah cukup hebat.
4) Tembok Besar (Great Wall of China)
Dan setentunya lawatan ke negeri tanah besar tidak 'sah' jika tidak pergi mendaki tangga-tangga usang di tembok besar China 'The GreatWall of China'. Memang great!

Saya akui saya hanya berkesanggupan untuk naik sehingga ke menara yang pertama sahaja dan tidak meneruskan ke menara-menara selanjutnya. Bukan atas alasan penat, tidak sama sekali, cuaca yang begitu sejuk bagaikan pendorong untuk meneruskan langkah namun 'geometrical construction' tembok berkenaan menjadi penghalang. Tangga-tangga tembok begitu curam dan tidak konsisten dari segi ketinggian dan ukuran. Tidak dapat tidak kita akan terpikir, bagaimanakah batu-batu besar itu disusun dan akhirnya menjadi tembok pertahanan yang begitu megah. Sayang sekali tembok besar itu dibina atas pengorbanan nyawa, titisan darah dan airmata rakyat yang dikerah.

5) Zoo Panda
Pintu masuk
sleeping panda
Lawatan kami termasuk melawat zoo Panda. Didalam zoo Panda ini sebenarnya terdapat juga binatang-binatang lain seperti harimau putih dan sebagainya, tetapi tumpuan rombongan kami hanya berkesempatan untuk melihat Panda sahaja.
6) Bird Nest Stadium

Stadium sarang burung atau dikenali dengan 'bird nest stadium' adalah lambang mercu kejayaan China didalam mengelolakan sukan bertaraf antarabangsa iaitu Olimpik pada tahun 2008. Sehingga kini, ianya menjadi satu tempat lawatan yang menarik ramai pelancong untuk datang melihat lebih dekat akan keunikan rekabentuk bangunan stadium berkenaan.
Stadium Sarang Burung (Bird Nest) di waktu malam

Laluan menuju ke stadium dimana penjual layang-layang dikerumuni ahli rombongan
(pagi)
7)Emperor's Summer Palace
Secara keseluruhannya, lawatan ini sangat bermakna kerana impian untuk melawat tempat yang tersenarai didalam 'wonders of the world' telah terlaksana. Rakyat China yang berjuta-juta orang memperlihatkan pelbagai kerenah. Saya sangat tertarik dengan keperibadian orang-orang di sana yang mana rata-rata adalah ramah dan rendah diri.
-Sekian-

Friday, December 16, 2011

Gerhana Bulan

Gambar ani delayed pulang uploadnya ni, gerhana yang sebenarnya pada 10/12/2011, it was kinda fun time jua mengambar bulan masa gerhana berbanding hari biasa bilamana cahaya bulan berubah-ubah. Ianya memberikan cabaran dari segi mengubah setting kamera.
Bulan mula dilitupi bayangan bumi
Cahaya bulan ketika ditutupi penuh oleh bayang bumi. Cabaran disini apabila kehabisan bateri kamera hehehe.
Sempat lagi recharge bateri kerana tidak mahu melepaskan peluang yang jarang-jarang diperolehi.