Sunday, April 10, 2011
Friday, April 8, 2011
Moon
Thursday, March 31, 2011
Member-Member Berkumpul lagi
Berkumpul setelah sekian lamanya. Apabila masing-masing sibuk dengan rutin harian dan komitmen kerja, keluarga dan tanggungjawab sampingan, untuk berjumpa dan berkumpul seperti dahulu memang sudah semakin jarang bahkan kadangkala terhalang. Apabila ada suara untuk berkumpul @ Round Table ( R.T.) maka sesegeranya akan diusahakan sebab itu petanda greenlight dari rakan-rakan.
Kali ini R.T. berhasil
Tarikh: 30/3/11
Masa: Selepas bertugas (4:30 ptg- tetapi oleh sebab ada tugasan dan perkara-perkara lain maka akhirnya korum dapat dipenuhi pada jam 5 lalu, hehehehe – (aku sendiri akhir datang sebab ada meeting mengejut)
Lokasi : Chez Box, Gadong.
Hadir adalah member-member lama yang terakhir berkumpul pada sekitar 3-4 tahun yang lepas ( secara korum penuh) di Jerudong Park.
Agenda seperti biasa, apabila sudah berkumpul maka keluarlah kisah-kisah silam sewaktu menjadi penuntut dahulu. Kisah sedih, lucu dan pengajaran. Alhamdulillah semua telah Berjaya dalam karier masing-masing. Dan yang terkini, salah seorang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Dr. Tahniah.
Semoga dengan adanya perjumpaan seumpama ini, diharap akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sekian lama terjalin. Dan hubungan ini akan kekal hingga anak-anak juga saling mengenal nanti.
Resolusi dari perjumpaan ini:
1) Akan mengadakan hari keluarga pada tarikh, tempat yang akan dimaklumkan kemudian.
2) Merancang untuk pergi ke Bangi, Malaysia.
3) Salah seorang dari Korum akan menjemput untuk makan-makan di restoran sempena pelayaran pengajian.
4) Dalam rangka membuat Reunion bagi bekas Pelajar MD intake 1994-1995.
Inilah Member-member yang suatu ketika menguasai Blok A, Tingkat 3 di Hostel maktab Duli. ( well known as Geng LIPTON - kerana minuman kami adalah Tea Lipton)- Tiada kena mengena dengan perniagaan Tea Lipton -
Mohd Wata ( in Black), Gman, Phin, Zam,Omar( In Red)
Jurufoto sampingamn kami: Thanx for d services
Menu makanan kami: Terima Kasih Bro MwR for d treat….no wonder nyaman makan kami hehehe
Insyallah jika ada peluang akan berkumpul lagi…….Frenzkafe ragkaian yang mengeratkan silaturrahim
Monday, March 28, 2011
Wednesday, March 16, 2011
Tuesday, March 15, 2011
Sunday, March 13, 2011
UNCUT - Once Upon A Time With MD Head Girl
Pertemuan sepatutnya diadakan di Terindak Cafe Beach tetapi terpaksa akur dengan keadaan yang ramai pengunjung. Setelah beberapa minit berpusing keliling kawasan Jerudong Polo Club, akhirnya kantin di JPMC menjadi pilihan. Asal depan pantai ok lah.
Korum hari ini tidak begitu ramai, namun masih tidak cukup telinga untuk melayan perbualan yang ada. Ah, sudah masak dengan perangai seorang-seorang, secara otomatis saja setiap perbualan dapat disahuti.



