Friday, January 28, 2011

And we here to stay....

28 Januari 2011: Perjumpaan No# 1

Penaja: Linda
Tempat: Aminah Arif , Jerudong
Hadir: Dk Susi, Sarem, Hjh Nisah, Hjh Iyus, Mas, Linda, Hannah, Anne and me :)
Tambahan: Husna (Anak Si Anne)


Perjalanan masa yang telah jauh meninggalkan kita, telah mengukir jejak dan kenangan-kenangan yang bercampur baur umpama rona pelangi di waktu senja, penuh warna warni. Spektrum perasaan, gembira, lucu, geram, sedih memenuhi ruangan nostaljia yang hanya menjadi satu kenangan terindah yang tak mungkin mudah untuk dilupakan.

Perjumpaan hari ini, disatu tempat yang santai, dihadapan hidangan jamuan yang menyelerakan liur kampung adalah antara momen-momen tambahan kepada kenangan yang telah tercipta. Sayang sekali ada beberapa orang watak-watak didalam kenangan itu tidak dapat hadir. Pastinya akan menambah lagi cerita-cerita, ristaan-ristaan dan berita-berita terkini. Ada tidak sihat dan tidak ada kelapangan. Lumrah hidup setelah berkeluarga. Ianya bukan lagi zaman-zaman dulu dimana status masih bujang dan tidak banyak yang dipeduli.


Sangat beruntung mempunyai teman-teman yang mementingkan silaturrahim yang kukuh, tiada ungkitan-ungkitan pedih kalau pun ada, ianya menjadi satu lawak jenaka yang bisa saja mengalirkan air mata jika mengenangnya. Terlalu indah.

Sekarang tajuk perbualan sudah meluas. Jika dulu memang akan membincangkan tentang si jejaka yang menjadi pilihan hati. Ya, setentunya saja si jejaka itu sudah menjadi suami tersayang. Perbualan kini dipenuhi dengan laporan-laporan terbaru tentang kerjaya, kerenah keluarga dan juga impian-impian akan datang. Tapi yang pasti masih belum berubah, kesemua teman-teman masih suka berebut-rebut untuk menceritakan kisah masing-masing, masih ada yang suka meningkah dan bersikap tidak setuju. Namun semua itu menjadi bahan ketawa pula.






SURPRISE!!!!


Tarikh: 18 Disember 2010
Tempat: The Mall, Gadong
Penaja: Hjh Em


Wednesday, January 5, 2011

Sisa-sisa Cuti

Bh apa projek ni? Itu soalan yang sering kami tanyakan….Dengan perundingan singkat, akhirnya kami ( MindWarrior dan Phoenix ) setuju untuk mengisi sisa-sisa cuti yang ada. Awal projek kami adalah untuk membuat photoshooting, tetapi dengan komitmen masing-masing projek pun ditunda. Akhirnya melancong ke negara jiran yang terdekat, Miri.

Jalan-jalan cari makan  ( hendak makan nasi lemak cili -  tetapi tidak terjumpa sebab lupa jalannya, membeli apa yang patut ( barang yang dicari )  dan akhirnya kami jadi Robin Hood Miri.

Anak panah sebanyak 150 batang dengan kadar sewa RM$ 50.00. @ Parkson Mall,Miri. Tangan, lengan, bahu dan jari terasa letih. Memang tidak biasa dengan aktiviti ini. Seronok. Nanti kami akan membuat perlawanan persendirian.

Bukan senang hendak menjadi pemanah handal, tahap Novice / amatur pun susah. Hasil memanah memang ‘hebat’. lihatlah hasilnya nanti. :)

IMG_0735

Gaya seorang pemanah. Tarik nafas, tarik hingga di bawah dagu, fokus, aim dan lepas……Zuuup

IMG_0737

Hasil kami….Teka mana satu hasil bidikan kami?

               IMG_0739 IMG_0738

ada sesiapa hendak ikut?

Saturday, December 18, 2010

Frenzkafe Vest

To Frenzkafeian

Here are the sample for the vest I’m mentioned before. I just brought 10 pieces ( 5 small n 5 large in size )

Yang besar masih available tapi yang damit tinggal 1 saja lagi.

Harga borong ( hahahaha ) B$ 20.00 sahaja

Bh sila hubungi segera in via HP ( call / sms )IMG_0387IMG_0388

Beli satu dapat free makai selamanya. Hurry selagi stok masih ada

Sunday, November 21, 2010

Meet The MD Girls



Assalamualaikum pembuka kata, adih, ahh direct to the point saja hehe..today marks one of the glorious day when the MD girls meet again for julung-julung kali nya. This time round, its a special one with special apperances of Lindong and Pong'e. I like.



Point of dicussion is merely bertanya khabar..yea its been a long time inda jumpa and inda terjumpa kikikiki.
Tidak lupa juga kepada yang tidak hadir dan yang telah berjanji untuk 'subsidice' $1
Walaubagimanapun, moral of the gathering hari ini ialah tidak akan mengadakan gather-gather di Rizqun jika tarikh jatuh hari minggu disebabkan untuk mengelakkan kesesakkan dan kepenuhan parking. Dengan ini syabas di ucapkan kepada Sarem kerana telah berjaya mendapatkan parking setelah berpusing selama hampir 2 jam mencari.

Sunday, November 14, 2010

Ho Chi Minh City - previews

DSC_0311_2

Some Frenzkafe’s crew will be here in Dec and will make it like the old skol marks ( MD )

‘I wuz ere’ which means ‘ i was here’