Bh apa projek ni? Itu soalan yang sering kami tanyakan….Dengan perundingan singkat, akhirnya kami ( MindWarrior dan Phoenix ) setuju untuk mengisi sisa-sisa cuti yang ada. Awal projek kami adalah untuk membuat photoshooting, tetapi dengan komitmen masing-masing projek pun ditunda. Akhirnya melancong ke negara jiran yang terdekat, Miri.
Jalan-jalan cari makan ( hendak makan nasi lemak cili - tetapi tidak terjumpa sebab lupa jalannya, membeli apa yang patut ( barang yang dicari ) dan akhirnya kami jadi Robin Hood Miri.
Anak panah sebanyak 150 batang dengan kadar sewa RM$ 50.00. @ Parkson Mall,Miri. Tangan, lengan, bahu dan jari terasa letih. Memang tidak biasa dengan aktiviti ini. Seronok. Nanti kami akan membuat perlawanan persendirian.
Bukan senang hendak menjadi pemanah handal, tahap Novice / amatur pun susah. Hasil memanah memang ‘hebat’. lihatlah hasilnya nanti. :)
Gaya seorang pemanah. Tarik nafas, tarik hingga di bawah dagu, fokus, aim dan lepas……Zuuup
Hasil kami….Teka mana satu hasil bidikan kami?
ada sesiapa hendak ikut?
No comments:
Post a Comment